TARIKH  : 13 FEB 2019
 MASA  : 10.00 AM- 12.00 PM
 TEMPAT  :PUSAT INTERNET JELI
 PESERTA  : BELIA LEPASAN SEKOLAH

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan untuk membantu golongan belia lepasan sekolah untuk mengisi borang permohonan pencarian kerja secara atas talian. Ini bagi memudahkan urusan belia untuk mengetahui dan mengintai  peluang kerja untuk mereka.

AKTIVITI:

Peserta diberitahu berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk mencari kerja . Laman web utama ialah www.spa.gov.my dan Jobsmalaysia. Peserta ditunjuk ajar cara untuk mendaftar dan mencari kerja dalam laman web tersebut. Seterusnya peserta juga diajar untuk mencari kerja secara rawak mengunakan enjin carian google.

Gambar Disini

 

TARIKH  :9 JAN 2019 
 MASA :10 PAGI- 12.00 TENGAHARI
 TEMPAT :PUSAT INTERNET JELI 
 PESERTA : USAHAWANITA

 

TUJUAN:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu golongan usahawanita di Jeli untuk mencipta tagging ddan sticker dengan kreatif dan kemas.

AKTIVITI:

Peserta mencipta tangging harga dan makanan menggunakan kreativiti Ms Word. Peserta dibantu untuk menjadikan hasil tagging itu menarik dari segi bentuk, warna dan tulisan.

Selain itu, peserta juga menggunakan kreativiti shape dan clip art dan image untuk menghasilkan sticker yang menarik. Tagging dan sticker ini akan digunakan untuk menghias premis perniagaan peserta.

Gambar disini

 

 TARIKH : 14 DIS 2018 
 MASA : 9.30AM 12.30 PM
 TEMPAT : PI JELI
 PESERTA : 15 ORANG

 

TUJUAN:

Aktiviti Dashboard Komuniti sempena Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada komuniti setempat

 

AKTIVITI:

Peserta diterangkan kepada aplikasi My Komuniti, My Place dan My Shop. Menerusi aplikasi Dashboard My komuniti, peserta perlu mencari artikel kesihatan seterusnya muat naik dalam My Komuniti.

Untuk My Place, peserta perlu mengenalpasti lokasi klinik kesihatan berhampirana kawasan kediaman mereka seterusnya menandakan dalam peta lokasi yang tersedia dalam My Place.

Seterusnya peserta perlu muat naik produk mereka ke dalam My Shop. Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan maklumat terperinci berkenaan produk, harga , terma dan syarat serta cara untuk memasukkan gambar.

Gambar Disini

 TARIKH  : AHAD- RABU
 MASA  : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
 TEMPAT  : PUSAT INTERNET JELI
 PESERTA  : BELIA LEPASAN SEKOLAH

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk menambah baik teknik penggunaan komputer kepada belia lepasan sekolah.

 

AKTIVITI:

Peserta diajar menggunakan Mic Office dengan betul. Antara Modul yang diajar ialah MS Word, Ms Excell dan Ms Power Point. Peserta diajar berpandukan modul yang disediakan oleh staff.

Modul Ms Word peserta diajar teknik penggunaan yang betul. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan mencipta dokumen, resume dan risilah yang meliputi semua penggunaan Ms Word.

Melalui Ms Excell peserta diajar mencipta akaun dan membuat pengiraan. Peserta juga diajar mencipta table dan graf yang bersesuaian.

Melalui Ms Power Point, peserta diajar cara untuk mencipta slide persembahan, menambah animasi dan trasisi serta memasukkan bunyi dan video ke dalam slide.

Gambar disini

 

 TARIKH  : 14 DIS 2018
 MASA  : 8.30 AM - 1.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 80 ORANG

 

TUJUAN:

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama Pejabat kesihatan daerah dan KOSPEN. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih. 

 

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 80 Orang pengunjung telah hadir untuk program ini. Seterusnya diikuti dengan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung.

Untuk kanak-kanak diadakan aktiviti mewarna dengan tema kesihatan. Untuk golongan belia diadakan aktivit dan pertandingan Dashboard Komuniti. Peserta dikehendaki mencari artikel kesihatan dan muat naik dalam portal Dashboard Komuniti. Peserta juga di kehendaki menandakan lokasi klinik kesihatan yang berhampiran kawasan kediaman mereka dalam My Place.

Selain itu diadakan juga aktiviti menu sihat. Peserta perlu mencipta menu dan mencari maklumat khasiat menu tersebut. Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli.

 Gambar Disini