TARIKH : 10 & 11 OGOS 2018
 MASA : 9.00AM-5.00PM
 LOKASI : PI JELI
 PESERTA : 15 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan adalah untuk melatih komuniti setempat terutama golongan belia untuk menambah kemahiran seterusnya boleh menambah pendapatan mereka.

 

AKTIVITI:

Peserta diberi bimbingan oleh tenaga pengajar yang disediakan oleh Empower Jeli. Untuk permulaan peserta diajar untuk mengenali jenis perkakasan komputer dan jenis kerosakan yang boleh berlaku. Seterusnya peserta ditunjuk ajar mengenai sistem pengoperasian dan aplikasi yang terdapat dalam komputer.

Untuk hari kedua peserta diajar cara untuk memilih dan mengenalpasti perisian dan peralatan yang terdapat dalam laptop. Seterusnya di ajar proses untuk mengenalpasti masalah utama dan cara vmenyelesaikannya.

Gambar disini

 

TARIKH   : 5 OGOS 2018
 MASA  : 9.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI  : SMU NAHDATUL ULUM JELI
 PESERTA  : 66 ORANG

 

TUJUAN:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar menjadi "Junior Programmer" dari peringkat awal lagi. Kelas ini memberi fokus kepada modul asas web programming seperti HTML,CSS dan JAVASCRIPT.

 

AKTIVITI:

Para pelajar didedahkan dengan penggunaan coding tertentu untuk menghasilkan web HTML sendiri. Pelajar ditunjuk ajar oleh En Shanusi dari PI Batu Melintang dan dibantu staff PI daerah Jeli. Turut diselitkan aktiviti kuiz kdb dan sebenarnya.my

Gambar Disini

TARIKH   : 7 JULAI 2018 
 MASA  : 9.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 20 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan untuk peserta EMPOWER Jeli dengan tujuan untuk meningkatkan hasil jualan melalui atas talian.

 

AKTIVITI:

Aktiviti pertama ialah pengenalan dan pembinaan laman web untuk perniagaan. Peserta diperkenalkan kepada web SEO analisis. Seterusnya peserta dikehendaki mencipta logo dan desing laman web masing-masing. Enjin carian google digunakan untuk memcari idea bagi mencipta design tersebut.

Seterusnya peserta diajar cara untuk membangunkan mengembangkan SEO analisis laman web masing-masing.

 

Gambar Disini

 

TARIKH   : 9 JULAI 2018
 MASA  : 9.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 3 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas E-Rezeki adalah untuk memperkenalkan satu lagi peluang menjana pendapatan untuk pengguna internet.

 

AKTIVITI:

Peserta diberi penerangan berkenaan program E-Rezeki. Seterusnya peserta ditunjuk ajar dan dibantu untuk melengkapkan borang pendaftara secara atas talian. Selepas berjaya mendaftar, peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar untuk melalukakn tugasan yang diperlukan. 

Gambar disini

TARIKH   :6 JULAI 2018
 MASA  :9.00 AM- 2.00 PM
 LOKASI  :PI JELI
 PESERTA  : 20 0RANG

 

TUJUAN: 

Kelas ini diadakan dengan kerjasama pejabat EMPOWER daerah Jeli. Tujuan diadakan adalah untuk membantu usahawan bimbingan Empower untuk meningkatkan jualan produk mereka.

 

AKTIVITI:

Peserta diajar asas dan teknik fotografi yang sesuai untuk produk mereka.Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mengambil gambar dalm pelbagai sudut dan memastikan pencahayaan yang baik.

Peserta juga diajar untuk membina studio mereke sendiri. Mini studio yang boleh dibina menggunakan peralatan yang murah dapat membantu proses fotografi menjadi lebih baik.

Aktiviti seterusnya ialah peserta didedahkan dengan praktikal fotografi produk dan cara menyunting gambar supaya nampak lebih menarik. Terdapat beberapa teknik menyunting gambar samada secara atas talian ataupun peserta mempunyai pilihan untuk menyunting secara manual.

 

Gambar Disini