TARIKH  : 3 MEI 2018
 MASA : 9.00AM - 2.00 PM
 LOKASI : PI KG TUNGKU ABDUL   RAHMAN
 PESERTA : KOMUNITI SETEMPAT

 

TUJUAN:

Program ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan masayrakat setempat dengan komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan dan progran yang terdapat di Pusat Internet.

 

AKTIVITI:

Program ini dihadiri oleh pelbagai peringkat umur komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program. Antaranya ialah mewarna untuk golongan pelajar tadika KEMAS dan pelajar PDK Kuala Balah. Untuk golongan pelajar sekolah rendah telah diadakan aktiviti Mini Explorace Klik Dengan Bijak. Bagi Pelajar Sekolah Menengah diadakan aktiviti Treasure Hunt dan Mini Explorace Klik dengan Bijak.

Untuk golongan belia, aktiviti menaip pantas telas diadakan. aktiviti ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu belia wanita dan belia lelaki. Aktiviti ini memerlukan peserta menggunakan kemahiran menaip sepantas mungkin.

Selain itu, diadakan juga taklimat berkenaan Klik dengan Bijak untuk pengunjung yang hadir. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah dengan menjawab soalan yang dikemukakan.

Pelbagai hadiah menarik disediakan termasuk hadiah untuk cabutan bertuah. Program ini juga mendapat kerjasama dari Perpustakaan Desa Daerah Jeli, Klinik Kesihatan Kuala Balah dan Ar-Rahnu Yapem yang membuka booth pameran.

Gambar Disini