Jeli merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Kelantan terletak di utara Semenanjung Malaysia dan disempadani oleh Thailand di Utara, Terengganu di Selatan, Perak di Barat dan Laut China Selatan di  Kuala Krai, di selatannya  Gua Musang dan di utaranya bersempadan dengan Tanah Merah dan Thailand.

Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaiktarafkan sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini, Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaharu di Negeri Kelantan.

Jeli yang terletak di laluan Jalan raya Timur Barat, mempunyai keluasan 1,636.21 km persegi dan merupakan kawasan yang ke-3 paling luas di Kelantan.  Jajahan Jeli didiami oleh lebih 46,000 orang penduduk, di mana 99.5% Melayu dan selebihnya kaum lain dan orang Asli. Bandar yang terdekat ialah Tanah Merah. 80% daripada kawasan Jeli adalah hutan rimba dan berbukit-bukau. Ianya terletak di kawasan yang tinggi, antara 92 meter hingga 500 meter dari aras laut. Sungai-sungai utama yang terdapat di Jeli ialah Sungai Pergau dan Sungai Golok.

 

Daerah Jeli meliputi beberapa mukim dan kampung seperti :

  • Mukim Jeli
  • Kampung Berdang
  • Kampung Teluk Bayu
  • Kampung Gemang
  • Kampung Lakota
  • Kampung sungai Satan
  • Kampung Legeh
  • Kampung Seberang Jeli
  • Kampung Pasir Dusun