Daerah Jeli sama seperti daerah-daerah lain yang terdapat di Kelantan khususnya dan daerah lain di Malaysia amnya. Jeli mrupakan sebuah daerah kecil yang sedang membangun dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

 

1.    Kemudahan Bekalan Elektrik

       Keseluruhan kampung-kampung di Jajahan Jeli ini mendapat bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).


2.    Kemudahan Bekalan Air

       Hanya 43% daripada kawasan kampung di Jajahan Jeli menggunakan sumber air daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. iaitu di kawasan Bandar Jeli dan Kawasan-kawasan sekitarnya, manakala bagi kawasan lain di jajahan ini masih menggunakan air yang ditandak dari bukit.

3.    Kemudahan Jalan Raya

       Rangkaian jalan utama yang menjadi nadi penghubung Bandar Jeli ialah Jalan Raya Timur Barat,   manakala Jalan Raya Jeli - Jelawang - Dabong - Gua Musang merupakan jalan alternatif untuk keluar dari kelantan menuju ke Kuala Lumpur


4.    Kemudahan Jalan Kampung

       Di Jajahan Jeli ini boleh dikatakan bahawa sebahagian besar jalan-jalan kampung adalah berturap. Bagi Daerah Jeli, rangkaian jalan kampung berturap adalah sepanjang 230km, manakala bagi Daerah Kuala Balah adalah lebih kurang 75km dan bagi Daerah Batu Melintang adalah sepanjang 52km.