Derah Jeli sama seperti daerah lain di Kelantan yang mempunyai banyaak tempat makan yang menarik. Antaranya ialah :

  • Dataran Makan-Makan yang terletak di tengah-tengah Bandar Jeli. Makanan Istimewa dan popular disini ialah nasi kukus, nasi ayam, masakan panas, ABC dan lain-lain lagi.
  • Kak Nab Nasi Ulam yang terletak di Lebuh Raya Jeli Dabong. Menyediakan masakan kampung dan ulam-ulaman sebagai menu utama.
  • Tok Wan Tom Yam Special yang terletak sebelah Shell Jeli. Menu utama adalah masakan panas. Kedai ini juga turun menyediakan makanan sampingan seperti colek buah, colek perut, pulut mangga dan pulut durian.

Selain itu, daerah jeli juga terkenal dengan makanan tradisonal iaitu akok. Terdapat beberapa pengusaha akok yang popular di sekitar jeli. Antaranya Akok Belahat dan Akok Lakota.

        

 

Selain itu terdapat juga makanan ringan yang di dijual di pinggir jalan seperti goreng pisang, keropok. Dan yang istimewa ialah Ais Krim baba yang dijual menggunakan basikal. Ais krim ini adalah campuran ais krim, roti, pulut , cendol dan macam- macam lagi.

  

 

sumber :http://www.mdjeli.gov.my/tempat-makan-restoran1;jsessionid=793CE01E4E7B8A0B0927EC63DC3B673E

             https://www.facebook.com/jeliloni-437584555453/timeline/