Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletaknya pintu masuk “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli - Dabong. Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Jajahan  Tanah Merah di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan  dan Negeri  Perak di sebelah  barat, merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur pada masa hadapan.

Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 kilometer dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. Keadaan muka bumi 82% adalah berbukit-bukau, hutan-rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak antara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah .

Peta Daerah Jeli


PENDUDUK

Jumlah penduduk keseluruhan Jajahan Jeli ialah seramai 42,782 orang penduduk iaitu:

BIL

DAERAH

JUMLAH PENDUDUK (Orang)

1

Daerah Jeli

21,120

2

Daerah Kuala Balah

13,767

3

Daerah Batu Melintang

7,895

JUMLAH

42,782