TARIKH   : 16 NOV 2018
 MASA  : 10.00 AM- 12.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 8 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas ini bertujuan untuk membantu komuniti untuk melayari laman web www.tutor.com.my secara percuma

AKTIVITI:

Peserta diberi taklimat berkenaan laman web www.tutor.com.my, seterusnya petugas membantu peserta untuk mendaftar. Untuk makluman laman web www.tutor.com.my dibuka PERCUMA selama 4 bulan bermula 1 Sept 2018- 31 Dis 2018. Sepanjang tempoh ini, pelajar boleh mengakses secara percuma segala modul tutorial dan soalan peperiksaan mengikut tahap mereka.

 

Gambar disini

 

TARIKH  : 10 NOV 2018
MASA  :10.00 AM- 12.00 PM
LOKASI : PI JELI
PESERTA  : 2 ORANG PELAJAR SEK. MEN 

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar sekolah menyiapkan tugasan pembelajaran mereka. 

 

AKTIVITI:

Peserta dilatih menggunakan aplikasi MS Word untuk menyiapkan kerja sekolah. Peserta diajar untuk mencari maklumat dalam enjin carian, seterusnya menggunakan teknik "copy and paste" dalam dokumen mereka. peserta juga ditunjuk ajar cara untuk mencari maklumat yang betul dengan cara membanyakkan sumber rujukan sebelum diambil untuk dimasukkan dalam dokumen.

Peserta juga diajar cara untuk "copy and paste" gambar ke dalam dokumen, seterusnya menyunting gambar tersebut agar sesuai dengan dokumen. 

Ganbar disini

 

 

 

 TARIKH : 7 SEPT 2018 
 MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI : PI JELI
 PESERTA : 10 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk membantu masyarakat menambah pendapatan sampingan. Peserta didedahkan dengan teknik menjana pendapatan dengan mudah dan menggunakan telefon pintar.

AKTIVITI:

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah taklimat pengenalan kepada web erezeki. Peserta ditunjuk ajar untuk mendaftar dan melengkapkan borang pendaftaran secara atas talian. Seterusnya peserta di tunjuk ajar cara untuk mencari kerja yang tersedia dalam laman web erezeki.

Selepas melengkapi borang pendaftaran, peserta perlu melengkapkan borang soal selidik. Turut disertakan taklimat Aplikasi Dashboard dan Klik dengan Bijak.

Gambar Disini

 

 TARIKH  : 18 OKTOBER 2018
 MASA  : 9.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI  : SEK KEB LEGEH
 PESERTA  : 30 ORANG

 

TUJUAN:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan etika penggunaan Internet dan komputer. Pelajar dididik untuk sentiasa mengamalkan kaedah Klik Dengan Bijak setiap kali melayari internet.

Selain itu, turut diadakan kelas Basic programming sebagai pendedahan awal untuk pelajar Sek Rendah. 

 

AKTIVITI:

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet berkenaan KDB. Seterusnya di jalankan aktiviti menjawab kuiz dan teka teki berkaitan KDB. 

Untuk kelas Basic Programming, pelajar ditunjuk ajar untuk mencipta satu projek. Untuk pelajar sekolah rendah aplikasi yang digunakan ialah Power Point. Peserta diajar cara untuk mencipta slide, memasukkan objek dan gambar serta menggunakan teknik animation dan looping untuk membolehkan objek yang dimasukkan bergerak.

Projek yang terbaik dan kreatif akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

 

Gambar Disini

 

 

 

TARIKH   : 5 SEPT 2018 
 MASA  : 9.00 AM- 3.00 PM
 LOKASI

 : SMU RAUDHAH AN-NAZIRIN,  JERIMBONG

 PESERTA  : 36 ORANG

 

TUJUAN:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada basic programming dari peringkat awal lagi. Program ini juga merupakan satu langkah menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan ict dan komputer kepada perkara yang membawa faedah yang besar untuk mereka.

 

AKTIVITI:

Pelajar diberi tunjuk ajar untuk mencipta web mereka sendiri menggunakan aplikasi Basic Programming Web seperti HTML, CSS dan Javascrip. Seterusnya setiap pelajar perlu mencantikkan dan menunjukkan kreativiti berdasakan pembinaan web serta isi kandungannya.

Turut disertakan taklimat panduan Klik dengan Bijak, Pelajar berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui kuiz KDB yang diberikan oleh staff PI. Pelajar juga turut didedahkan dengan web Sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan sesuatu maklumat.

 

Gambar Disini