TARIKH  : 18 OKTOBER 2018
 MASA  : 9.00 AM - 2.00 PM
 LOKASI  : SEK KEB LEGEH
 PESERTA  : 30 ORANG

 

TUJUAN:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan etika penggunaan Internet dan komputer. Pelajar dididik untuk sentiasa mengamalkan kaedah Klik Dengan Bijak setiap kali melayari internet.

Selain itu, turut diadakan kelas Basic programming sebagai pendedahan awal untuk pelajar Sek Rendah. 

 

AKTIVITI:

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet berkenaan KDB. Seterusnya di jalankan aktiviti menjawab kuiz dan teka teki berkaitan KDB. 

Untuk kelas Basic Programming, pelajar ditunjuk ajar untuk mencipta satu projek. Untuk pelajar sekolah rendah aplikasi yang digunakan ialah Power Point. Peserta diajar cara untuk mencipta slide, memasukkan objek dan gambar serta menggunakan teknik animation dan looping untuk membolehkan objek yang dimasukkan bergerak.

Projek yang terbaik dan kreatif akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

 

Gambar Disini