TARIKH : 18 FEB 2018 
 MASA : 10.00 AM- 12.00 PM
 TEMPAT : PUSAT INTERNET JELI
 PESERTA  : WANITA

 

TUJUAN:

Kelas Aplikasi Whatapps Web diadakan adalah untuk menunjuk ajar kepada peserta cara untuk memuat naik dan memuat turun dokumen dari aplikasa Whatapps di telefon pintar mereka.

AKTIVITI:

Whatsapp merupakan satu aplikasi yang mudah dan cepat digunakan. Oleh itu penghantaran dokumen atau gambar melalui whatapps menjadi pilihan pada masa kini. Tetapi menjadi masalah sekiranya dokumen atau gambar tersebut perlu di sunting dan dicetak. Melalu kelas ini, peserta ditunjuk ajar cara untuk menggunakan Whatapps Web. Peserta perlu mengimbas kod bar di komputer menggunakan telefon mereka bagi mengaksess masuk Whatapps Web mereka.

Gabungan penggunaan telefon dan komputer diperlukan untuk aplikasi ini. Selepas berjaya log in, mereka boleh muat turun dan seterusnya menyunting dokumen atau gambar sebelum dicetak. Untuk kelas ini, perserta diajar cara untuk menyunting gambar kad pengenalan yang di muat turun dari Whatsapps di telefon mereka. 

GAMBAR DISINI

 TARIKH : 16 FEB 2019 
 MASA : 10.00 AM- 12.00 PM
 TEMPAT : PUSAT INTERNET JELI 
 PESERTA : PELAJAR KOLEJ 

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk membantu pelajar Kolej Vokasional Jeli untuk menyiapkan tugasan pembelajaran beliau.

AKTIVITI:

Peserta diajar cara untuk memasukkan gambar kedalam teks dokumen. Penggunaan Format Picture yang betul turut diajar untuk memastikan kedudukan gambar yang catik dalam teks. Peserta juga diajar cara untuk menyunting gambar sebelum diamsukkan ke dalam teks dokumen.

GAMBAR DISINI

 TARIKH  : 13 FEB 2019
 MASA  : 10.00 AM- 12.00 PM
 TEMPAT  :PUSAT INTERNET JELI
 PESERTA  : BELIA LEPASAN SEKOLAH

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan untuk membantu golongan belia lepasan sekolah untuk mengisi borang permohonan pencarian kerja secara atas talian. Ini bagi memudahkan urusan belia untuk mengetahui dan mengintai  peluang kerja untuk mereka.

AKTIVITI:

Peserta diberitahu berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk mencari kerja . Laman web utama ialah www.spa.gov.my dan Jobsmalaysia. Peserta ditunjuk ajar cara untuk mendaftar dan mencari kerja dalam laman web tersebut. Seterusnya peserta juga diajar untuk mencari kerja secara rawak mengunakan enjin carian google.

Gambar Disini

 

 TARIKH  :11 FEB 2019
 MASA  :10.00 AM- 12.00 PM
 TEMPAT  :PUSAT INTERNET JELI
 PESERTA  : BELIA DAN WANITA 

 

TUJUAN:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu golongan isi rumah yang layak menerima Bantuan Sara Hidup untuk mengemaskini dan membuat permohonan baru. Peserta digalakkan untuk melakukan sendiri dengan tunjuk ajar staff untuk membiasakan mereka dengan penggunaan komputer dan lama web untuk mengisi permohonan secara atas talian.

AKTIVITI:

Peserta diajar cara untuk mengisi dan mengemaskini borang permohonan atas talian. Peserta juga diajar untuk mengimbas dan muat naik dokumen yang diperlukan. Seterusnya peserta diajar cara untuk muat turun permohonan yang telah berjaya dan mencetak permohonan tersebut.

GAMBAR DISINI

TARIKH  :9 JAN 2019 
 MASA :10 PAGI- 12.00 TENGAHARI
 TEMPAT :PUSAT INTERNET JELI 
 PESERTA : USAHAWANITA

 

TUJUAN:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu golongan usahawanita di Jeli untuk mencipta tagging ddan sticker dengan kreatif dan kemas.

AKTIVITI:

Peserta mencipta tangging harga dan makanan menggunakan kreativiti Ms Word. Peserta dibantu untuk menjadikan hasil tagging itu menarik dari segi bentuk, warna dan tulisan.

Selain itu, peserta juga menggunakan kreativiti shape dan clip art dan image untuk menghasilkan sticker yang menarik. Tagging dan sticker ini akan digunakan untuk menghias premis perniagaan peserta.

Gambar disini