TARIKH  : AHAD-RABU 
MASA : 10.30AM - 12.00PM
LOKASI  : PI JELI
PESERTA  : BELIA

 

TUJUAN:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan belia memahirkan diri dalam pengguaan komputer dan internet.

 

AKTIVITI:

Pelbagai Modul diajar untuk peserta. Untuk permulaan peserta didedahkan dengan modul Microsoft Office yang melibatkan modul Ms Words. Menggunakan Ms Words peserta diajar cara untuk menaip dan mencipta dokumen dengan betul. Seteruskan diikuti dengan Ms Excell. Menggunakan Ms Excell peserta diajar cara untuk mencipta jadual dan graf serta mencipta asas pengiraan.

Seterusnya peserta diajar untuk mencipta slide persembahan menggunakan Ms Power Point. Peserta juga turut didedahkan dengan aplikasi Ms Publisher. Menngunakan Ms Publisher peserta diajar untuk mencipta Flyer, Calendar, Business Card

 

Gambar Disini

TARIKH  : 3 MEI 2018
 MASA : 9.00AM - 2.00 PM
 LOKASI : PI KG TUNGKU ABDUL   RAHMAN
 PESERTA : KOMUNITI SETEMPAT

 

TUJUAN:

Program ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan masayrakat setempat dengan komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan dan progran yang terdapat di Pusat Internet.

 

AKTIVITI:

Program ini dihadiri oleh pelbagai peringkat umur komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program. Antaranya ialah mewarna untuk golongan pelajar tadika KEMAS dan pelajar PDK Kuala Balah. Untuk golongan pelajar sekolah rendah telah diadakan aktiviti Mini Explorace Klik Dengan Bijak. Bagi Pelajar Sekolah Menengah diadakan aktiviti Treasure Hunt dan Mini Explorace Klik dengan Bijak.

Untuk golongan belia, aktiviti menaip pantas telas diadakan. aktiviti ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu belia wanita dan belia lelaki. Aktiviti ini memerlukan peserta menggunakan kemahiran menaip sepantas mungkin.

Selain itu, diadakan juga taklimat berkenaan Klik dengan Bijak untuk pengunjung yang hadir. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah dengan menjawab soalan yang dikemukakan.

Pelbagai hadiah menarik disediakan termasuk hadiah untuk cabutan bertuah. Program ini juga mendapat kerjasama dari Perpustakaan Desa Daerah Jeli, Klinik Kesihatan Kuala Balah dan Ar-Rahnu Yapem yang membuka booth pameran.

Gambar Disini

 

 

 

 TARIKH : 19 APRIL 2018 
 MASA : 9.00 AM - 10.00AM  
 LOKASI : PI JELI
 PESERTA : 7 ORANG

 

TUJUAN:

Tujuan taklimat ini dadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta yang hadir.

 

AKTIVITI:

Peserta diberi taklimat berkenaan aplikasi Dashboard Komuntiti. Tayangan slide digunakan untuk membantu peserta agar lebih memahami fungsi dan isi kandungan Dashboard Komuniti. Selepas itu peserta ditunjuk ajar untuk melayari web DK dan log in menggunakan ic masing-masing. Peserta juga diajar untuk memuat naik hebahan dan makluman untuk  bahagian mykomuniti. Mereka juga diajar untuk melihat produk dan memuat naik produk dalam myshop.

Selain itu, peserta juga diajar cara untuk muat turun aplikasi mobile DK menggunakan platform Playstore dan Appstore. Peserta yang berjaya muat turun dan log in aplikasi DK di telefon pintar masing-masing dihadiahkan cenderhati sebagai sokongan untuk mereka.

 

Gambar Disini

TARIKH  : 5 Mei 2017
 MASA : 9.00 AM - 3.00 PM
 LOKASI : PI JELI
 PESERTA : USAHAWAN EMPOWER JELI

 

TUJUAN:

Tujuan kelas ini diadakaan adalah untuk meningkatkan kemahiran perniagaan dalam talian untuk usahawan bimbingan Empower Jeli.

 

AKTIVITI:

Peserta didedahkan dengan teknik pemasaran dalam talian. Antara platform yang digunakan ialah facebook dan instagram. Peserta diajar untuk membetulkan teknik penulisan untuk promosi atas talian. Peserta juga diajar teknik untuk menerbitkan sesuatu bahan secara berjadual. Selain itu peserta diajar cara dan teknik ayat yang baik untuk memikat hati pelanggan.

Gambar Disini

 

 TARIKH  : 18 & 19 APRIL 2018 
 MASA  : 10.00 AM - 5.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 13 ORANG

 

TUJUAN:

Kelas ini adalah kerjasama dari SUK negeri kelantan dan Kelantan ICT Gateaway. Kelas diadakan untuk mendedahkan komuniti kepada program Adobe Photoshop.

 

AKTIVITI:

Peserta diajar teknik dan asas penggunaan Adobe Photoshop. Antara hasil dari program ini ialah menghasilkan business card, edit gambar, kulit muka album gambar, banner, letter head. Peserta diajar dari langkah permulaan bagaimana cara untuk menetapkan saiz sesuatu projek. Seterusnya diikuti teknik penggunaan gambar yang sesuai dengan projek dan cara memasukkan serta mengubahsuai gambar mengikut kesesuaian. 

Gambar Disini