TARIKH  : 14 DIS 2018
 MASA  : 8.30 AM - 1.00 PM
 LOKASI  : PI JELI
 PESERTA  : 80 ORANG

 

TUJUAN:

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama Pejabat kesihatan daerah dan KOSPEN. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih. 

 

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 80 Orang pengunjung telah hadir untuk program ini. Seterusnya diikuti dengan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung.

Untuk kanak-kanak diadakan aktiviti mewarna dengan tema kesihatan. Untuk golongan belia diadakan aktivit dan pertandingan Dashboard Komuniti. Peserta dikehendaki mencari artikel kesihatan dan muat naik dalam portal Dashboard Komuniti. Peserta juga di kehendaki menandakan lokasi klinik kesihatan yang berhampiran kawasan kediaman mereka dalam My Place.

Selain itu diadakan juga aktiviti menu sihat. Peserta perlu mencipta menu dan mencari maklumat khasiat menu tersebut. Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli.

 Gambar Disini