NAMA  : SITI AISYAH BINTI MUHAMAD 
UMUR  : 34 TAHUN
AHLI  : 2024

 

LATAR BELAKANG

Siti Aisyah  atau dikenali nama samaran Aisyah merupakan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau merupakan pelajar pengajian Jarak Jauh dan   telah mendaftar sebagai ahli NADI Jeli pada tahun 2024. Beliau mengikuti kelas kemahiran asas komputer iaitu microsoft Word, Excell dan Power Point serta asas membuat video bagi melengkapkan kerja kursusnya. Alhamdullilah beliau telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menyiapkan tugasan beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Beliau kurang mahir dan membuat kerja kursus secara persendirian menggunakan microsoft Word. Beliau mula mengikuti kelas kemahiran tersebut kerana ingin meningkatkan kemahiran beliau dalam menyiapkan video dan kajian kursus.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Setelah mengikuti kelas asas komputer  di NADI Jeli beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dalam menyiapkan tugasannya sebagai seorang pelajar.