NAMA   : NUR ATHIRAH BINTI ARIFF 
 UMUR  : 18 TAHUN 
 AHLI  : 2018

 

Latar belakang

Merupakan belia lepasan sekolah dan masih menunggu pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menjual tudung bawal secara sampingan atau dropship.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI , Beliau hanya pandai menggunakan komputer dan internet asas sahaja. Penggunaan komputer hanya untuk menyiapkan tugasan sekolah semata-mata.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff PI, beliau telah memperoleh pengetahuan dalam asas pemprosesan kata iaitu dari segi menyiapkan tugasan kerja. Disamping itu  beliau juga telah diajar penggunaan ict dan internet untuk memulakan perniagaan sampingan dan pada peringkat akhir pembelajaran beliau berjaya menjadi agen dropship dan dapat mengembangkan jualan melalui penggunaan media ict sebagai platform promosi.