USAHAWAN KECIL ANAK TELEKUNG

NAMA  : SAMSIAH  BINTI MAT RONI
UMUR  : 55 TAHUN
AHLI  : 2014

 

Latar Belakang

Merupakan surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara sampingan iaitu menjahit anak telekung. Seorang yang aktif dalam persatuan wanita

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Puan Samsiah menjalan perniagaan menjahit anak telekung di rumah secara sampingan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Perkembangan menjahit anak telekung ni hanya dipromosikan melalui mulut ke mulut oleh jiran-jiran sekampung.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff PI, beliau telah memperoleh pengetahuan untuk mengembangkan perniagaan sampingannya. Beliau telah mempelajari cara untuk mempromosi produk secara atas talian. Beliau juga telah diberi peluang untuk mengiklankan produk dalam aplikasi Dashboard melalui modul My Shop. Di dalam My Shop produk anak telekung keluaran beliau dapat diketahui oleh penduduk setempat dengan lebih meluas.