NAMA   : ROSHASIMAH BINTI MOHAMED
UMUR  : 25 TAHUN
AHLI  : 2018

 

Latar Belakang

Cik Roshasimah merupakan  lepasan kolej di salah sebuah kolej swasta dan kini sedang bekerja. Beliau mengikuti kelas ini kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam asas komputer bagi memudahkan urusan kerja.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pernah memasuki kelas komputer semasa sekolah menengah tetapi separuh jalan.belian hanya pandai menggunakan komputer pada tahap asas sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah menjalani bengkel dan kursus yang disediakan di Pusat Internet Jeli, beliau telah mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran kursusnya mengenai format membuat resume, iklan, membuat data akaun dan pengiraan. Belia semakin yakin untuk menggukana kompuer dan secara tak langsung membantu memudahkan urusan kerjanya.

 

BELAJAR MENAIP DOKUMEN

NAMA  : SAMSIAH BINTI MAT RONI 
UMUR  : 55
 AHLI : 2014

 

Latar Belakang

Puan Samsiah Mat Roni merupakan surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Puan Samsiah merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam persatuan wanita di kampung Lakota, Jeli, Kelantan. Sebelum penglibatan di PI, Puan Samsiah tidak cekap menaip. Keaktifan beliau dalam persatuan wanita  memerlukan beliau untuk mahir menggunakan computer.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah menjalani bengkel dan kursus yang disediakan di PI  Jeli, beliau telah mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran terutama modul asas pemprosesan kata dapat membantu menyiapkan kerja –kerja persatuan beliau. Puan Samsiah juga diajar mencipta dan menggunakan emel sebagai medium rasmi untuk urusan persatuan wanita

USAHAWAN KECIL ANAK TELEKUNG

NAMA  : SAMSIAH  BINTI MAT RONI
UMUR  : 55 TAHUN
AHLI  : 2014

 

Latar Belakang

Merupakan surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara sampingan iaitu menjahit anak telekung. Seorang yang aktif dalam persatuan wanita

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Puan Samsiah menjalan perniagaan menjahit anak telekung di rumah secara sampingan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Perkembangan menjahit anak telekung ni hanya dipromosikan melalui mulut ke mulut oleh jiran-jiran sekampung.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff PI, beliau telah memperoleh pengetahuan untuk mengembangkan perniagaan sampingannya. Beliau telah mempelajari cara untuk mempromosi produk secara atas talian. Beliau juga telah diberi peluang untuk mengiklankan produk dalam aplikasi Dashboard melalui modul My Shop. Di dalam My Shop produk anak telekung keluaran beliau dapat diketahui oleh penduduk setempat dengan lebih meluas.

 

USAHAWAN DROPSHIP TUDUNG

 NAMA :NUR AFIFAH SYAHMI BINTI ARIFF 
 UMUR : 20 TAHUN
 AHLI : 2017

 

Latar Belakang

Merupakan lepasan sekolah. Membuat perniagaan dropship secara sampingan dan belajar menjahit.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip dan menyiapkan kerja sekolah sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff PI, beliau telah memperoleh pengetahuan untuk mempelbagaikan penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menambah pendapatan. Apa yang telah dipelajari dia PI seperti Facebook, Blog dan Instagram telah dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan dropship tudung.

 NAMA  :HASLINA BINTI MUSTAFA
 UMUR  :31 TAHUN
 AHLI  :2016

LATAR BELAKANG

Merupakan seorang suri rumah. Membuka perniagaan butik pengantin dan membuat manik shawl diamond bermula tahun 2016

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Haslina merupakan seorang suri rumah yang melibatkan diri dalam perniagaan butik pengantin dan membuat shawl diamond. Perniagaannya disebarkan atau diiklankan melalui mulut ke mulut dari pelanggan dan sahabat handai. 

SELEPAS PENGGUNAAN  ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau telah datang ke Pusat Internet Jeli untuk mempelajari teknik pemasaran yang terkini. Beliau ditunjuk ajar untuk menguasai pemasaran dan pengiklanan atas talian. Pelbagai medium pemasaran diterokai oleh beliau antaranya Facebook dan Instagram.

 

 NAMA  :NOORIASAH BINTI MAHMOOD
 UMUR  :54 TAHUN
 AHLI  :2014

 

LATAR BELAKANG

Merupakan guru tabika kemas dan menjalan perusahaan minuman air berkultur secara sambilan. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Nooriasah merupakan seorang guru Tabika KEMAS. Beliau menjalakan perusahaan minuman air berkultur secara sambilan. Memulakan perusahaan pada tahun 2016 secara offline dan online. Beliau menggunakan teknik pengiklanan secara edaran pamplet sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN  ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Jeli untuk mempelajari teknik pemasaran yang terkini. Beliau ditunjuk ajar untuk menguasai pemasaran dan pengiklanan atas talian. Pelbagai medium pemasaran diterokai oleh beliau antaranya Facebook dan Instagram. Beliau diberi panduan cara untuk mencipta iklan yang menarik dan masa yang sesuai untuk mengiklankan produknya.

 NAMA  :HAZANA BINTI MUHAMED
 UMUR  :48 TAHUN
 AHLI  :2016

 

LATAR BELAKANG

Seorang suri rumah dan memulakan perusahaan akok secara offline pada tahun 2015, dan kini membuat akok frozen secara exclusive.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Hazana merupakan seorang guru suri rumah. Beliau mula menjual akok secara kecil-kecilan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. 

SELEPAS PENGGUNAAN  ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Hazana telah mendapat tunjuk ajar untuk menguasai Ms word. Kemahiran ini diperlukan oleh beliau untuk membuat iklan perniagaannya. Beliau dapat menguasai kemahiran menaip dokumen. kini beliau boleh melakukan sediri segala urusan dokumen berkaitan perniagaanya.