NAMA  : SYAHIRAH BINTI MAT JUSOH 
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar Belakang

Syahirah Binti Mat Jusoh merupaka seorang ahli Pusat Internet Jeli yang telah tamat belajar Sekolah Menengah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau sebelum ini tiada asas komputer dan tidak terlibat dengan mana-mana program di Pusat Internet.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah menjalani kursus jangka masa pendek di Pusat nternet, beliau dapat mengetahui asas komponen komputer dan asas pemprosesan kata, terutama dalam membuat format dokumen, contohnya, risalah, resume dan kertas kerja.

 

 NAMA : NORHAIDAWATI BINTI HAMZAH 
 UMUR :37 TAHUN
 AHLI : 2018

 

Latar Belakang

Puan Norhaidawati merupaka seorang usahawanita yang membuat produk makanan sejuk beku. Antara produk yang dihasilkan ialah popia frozen

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet Jeli beliau hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja.Belia mempunyai fb tetapi tidak dapat dimanfaatkan untuk mempromosikan produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah menjalani latihan keusahawanan di pusat internet, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dan penggunaan komputer serta membantu dalam membuat promosi jualan. Disamping itu, beliau dapat mempelajari teknik-teknik pemasaran.Beliau telah diajar teknik pomasaran melalui fb, teknik mencipta iklan dan teknik fotografi untuk menampakan produk jualan lebih menarik.

NAMA   : NUR ATHIRAH BINTI ARIFF 
 UMUR  : 18 TAHUN 
 AHLI  : 2018

 

Latar belakang

Merupakan belia lepasan sekolah dan masih menunggu pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menjual tudung bawal secara sampingan atau dropship.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI , Beliau hanya pandai menggunakan komputer dan internet asas sahaja. Penggunaan komputer hanya untuk menyiapkan tugasan sekolah semata-mata.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff PI, beliau telah memperoleh pengetahuan dalam asas pemprosesan kata iaitu dari segi menyiapkan tugasan kerja. Disamping itu  beliau juga telah diajar penggunaan ict dan internet untuk memulakan perniagaan sampingan dan pada peringkat akhir pembelajaran beliau berjaya menjadi agen dropship dan dapat mengembangkan jualan melalui penggunaan media ict sebagai platform promosi.

 

 NAMA :ROSHASHIMAH BINTI MOHAMED 
 UMUR :25 TAHUN
 AHLI :2018

 

Latar Belakang

Merupakan belia lepasan kolej dan kini bekerja di syarikat swasta. Tujuan mengikuti kelas di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan sebagai persediaan di alam pekerjaan serta berjinak-jinak dengan keusahawanan online.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pernah belajar asas komputer di Pusat Internet Jeli sebelum ini, tetapi hanya menggunakan untuk urusan kerja harian.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh staff Pusat Internet Jeli, beliau mendapat pengetahuan dari segi asas keusahawanan seperti, cara membuat iklan, tagging, page facebook dan cara mempromosikan produk.Beliau juga diberi sokongan dan tunjuk ajar untuk memasukkan produk ke dalam web My Shop.

 NAMA

 : ASIYAH BINTI MOHD NOOR 

 UMUR  : 23 TAHUN
 AHLI  : 2014

 

Latar Belakang

Beliau merupakan  seorang lepasan kolej. Masih tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi beliau menjalankan perniagaan menjual topup sebagai kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

 

Beliau telah mempunyai kemahiran asas tentang komputer dan internet. Beliau Mengambil peluang untuk mengikuti kelas keusahawan yang dianjurkan oleh Pusat internet untuk meingkatkan kemahiran yang telah ada.

 

 

Selepas Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Setelah menjalani latihan asas komputer dan keusahawanan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dan penggunaan komputer serta membantu dalam membuat promosi jualan. Apa yang telah beliau pelajari seperti membuat emel. fb page dan instagram banyak membantu mengembangkan lagi perniagaan top up beliau.