Akok merupakan satu makanan tradisional yang popular di Kelantan. Pada suatu ketika dahulu akok hanya dijual pada bulan puasa sahaja. Rasanya yang manis dan lemak cukup sesuai untuk dijadikan juadah berbuka. Tapi kini akok buleh diperoleh pada bila-bila masa sahaja. Salah satu inovasi usahawanita di Jeli ialah Akok Frozen. 

Akok Frozen di hasilkan untuk memenuhi permintaan yang sentiasa ada tanpa mengira masa dan musim. Akok Frozen juga sesuai untuk di bawa dalam perjalan yang jauh kerana ianya lebih tahan lama berbanding akok yang biasa.