TARIKH  : 4 SEPT 2019 
 MASA : 2.30 PM- 4.30 PM
 TEMPAT : PI JELI 
 PESERTA : PELAJAR SEK MEN

 

TUJUAN

Kelas Mic Word diadakan untuk membantu pelajar menyiapkan kerja kursus mereka. Peserta diberi panduan bagaimana untuk menghasilkan dokumen yang kemas.

AKTIVITI

Peserta diajar cara untuk menghasilkan dokumen dengan kemas mengikut format yang dikehendaki. Peserta juga diajar cara untuk “copy” dan “paste” gambar dari internet ke dokumen mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

TARIKH  : 1 OGOS 2019 
 MASA : 9.30 AM- 11.30 AM
 TEMPAT : PI JELI
 PESERTA : 14 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memberi ilmu mencipta video kreatif menggunakan aplikasi Power Point.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta video promosi produk. Peserta perlu mencari dan muat turun gambar dr internet seterusnya menggabungkan gambar itu menjadi satu video animasi ringkas.

Gambar Disini

TARIKH   : 1 OGOS 2019 
MASA  : 10.30 AM - 12.30 PM
TEMPAT   : PI JELI
PESERTA  : 20 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan komputer dan peralatan ICT kepada pelajar Pusat Anak Genius Negara daerah Jeli.

AKTIVITI

Peserta diperkenalkan dengan peralatan komputer serta fungsinya. Seterusnya peserta di berikan aktiviti menaip menggunakan keyboard. Turut diselitkan video cerita-cerita teladan. Aktiviti terakhir ialah mewarna online. Peserta dengan bantuan guru mengambil peluang untuk mewarna atas talian.

 

Gambar Disini

TARIKH   : 1 OGOS 2019
 MASA  : 2.30 PM - 4.30 PM
 TEMPAT  : PI JELI
 PESERTA  : 10 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan sebagai salah satu betuk promosi E-Waste sempena program Hari Bersama Komuniti.

AKTIVITI

Pelajar di beri tunjuk ajar untuk mencipta poster E-waste menggunakan aplikasi Power Point, seterusnya menyimpan hasil kerja mereka dalam format Jpeg.

 

Gambar Disini

 

 TARIKH : 3 OGOS 2019 
 MASA : 9.00 AM- 2.00 PM
 TEMPAT : PERKARANGAN PI JELI
 PESERTA : 160 ORANG

 

TUJUAN

Program ini di laksanakan bagi merapatkan hubungan komuniti dengan Pusat Internet di samping merapatkan jurang digital dikalangan penduduk setempat.Ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di Pusat Internet jeli

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk memeriahkan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Jeli. Antara aktiviti yang diadakan kuiz KDB, mewarna, origami berpandukan youtube, speed typing, puzzle online, kuiz pengenalan ICT, pertandingan poster E-waste dan pertandingan video.

Gambar Disini